Pengalaman memasuki kuliah BBK3410
Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan selamat datang ke entri blog saya pada kali ini. Setelah sebulan kami cuti sem dan menghabiskan masa di kampung halaman, akhirnya pada tanggal 9 Februari 2020 kami kembali semula ke Universiti Putra Malaysia untuk semester yang baru dan pastinya azam yang baru. Pada petang yang indah ini, saya akan menceritakan pengalaman saya sewaktu pertama kali memasuki kuliah BBK3410 iaitu Penglahiran Bakat Kreatif. Tepat jam pukul 9 pagi, saya sudahpun tiba di dalam kelas dan berasa sangat gementar kerana ini merupakan kuliah pertama saya bagi subjek BBK3410. Sewaktu itu, pensyarah baru sahaja memulakan bicaranya. Dan pensyarah itu adalah seorang yang hebat dan disegani ramai iaitu Dr Kamariah. Nama penuh beliau adalah Profesor Madya Dr. Kamariah Kamarudin. Saya berasa sangat bersalah ketika itu kerana sebagai seorang pelajar,...