Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan selamat datang ke entri blog saya pada kali ini. Setelah sebulan kami cuti sem dan menghabiskan masa di kampung halaman, akhirnya pada tanggal 9 Februari 2020 kami kembali semula ke Universiti Putra Malaysia untuk semester yang baru dan pastinya azam yang baru. Pada petang yang indah ini, saya akan menceritakan pengalaman saya sewaktu pertama kali memasuki kuliah BBK3410 iaitu Penglahiran Bakat Kreatif. 


Tepat jam pukul 9 pagi, saya sudahpun tiba di dalam kelas dan berasa sangat gementar kerana ini merupakan kuliah pertama saya bagi subjek BBK3410. Sewaktu itu, pensyarah baru sahaja memulakan bicaranya. Dan pensyarah itu adalah seorang yang hebat dan disegani ramai iaitu Dr Kamariah. Nama penuh beliau adalah Profesor Madya Dr. Kamariah Kamarudin. Saya berasa sangat bersalah ketika itu kerana sebagai seorang pelajar, adab seorang pelajar dengan pensyarah mestilah pelajar tiba terlebih dahulu daripada pensyarah. 



Dr. Kamariah merupakan tenaga pengajar di Jabatan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Subjek BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif merupakan kelas pertama saya bersama Dr Kamariah. Saya berasa sangat bangga dan bersyukur kerana berpeluang menuntut ilmu daripada seorang pensyarah yang tinggi ilmunya bukan sahaja dari segi kesusasteraan tetapi juga dari segi keagamaan. Dari segi perwatakakannya, saya dapat merasakan bahawa beliau merupakan seorang yang sangat tegas berdasarkan nada dan intonasi beliau berbicara. Namun, tanggapanku salah kerana setegas tegas beliau, beliau juga memiliki hati yang sangat lembut dan mudah berasa kasihan jikalau orang yang merayu padanya. Betullah kata orang 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dari segi penampilannya, Dr Kamariah merupakan seorang yang sangat menjaga penampilan dan auratnya. Saya senang melihat penampilannya yang bertudung labuh menutup dada serta sering memakai baju kurung. Hal ini menunjukkan bahawa beliau menunjukkan imej yang baik kepada para pelajarnya.



Selain itu, sepanjang kelasnya berlangsung selama 3 jam, Dr Kamariah tidak pernah menunjukkan erti penat lelah dalam mengajar dan mengisi tiga jam kuliah dengan maafaatnya. Beliau banyak mengajar kami tentang cara-cara menghasilkan karya ilmiah yang dapat memberikan kesan kepada pembaca. Selain itu, Dr Kamariah mengedarkan kami tentang tokoh-tokoh sasterawan negara yang telah banyak mengumbang jasa kepada negara kita dengan menghasilkan karya-karya seperti sajak, novel dan cerpen yang mempunyai nilai dan pengajaran di dalamnya. Saya bersyukur kerana berpeluang belajar subjek penglahiran bakat kreatif dan mengenali semua sasterawan negara seperti Siti Zainon, Syahnon Ahmad, A. Samad Said, Usman Awang, Arinawati dan ramai lagi. Jika kita lihat daripada karya-karya sasterawan negara, penggunaan bahasa yang digunakan menunjukkan mereka merupakan seorang yang sangat kreatif dan mempunyai maksud yang mendalam dalam karya mereka. Jikalau tiada subjek BBK3410 penglahiran bakat kreatif, sudah tentulah pelajar tidak mengambil kisah tentang tokoh-tokoh sasterawan negara.



Dr Kamariah bukan sahaja memberi ilmu tentang menghasilkan karya yang kreatif, beliau tidak pernah lupa dan sentiasa memberi nasihat dan teguran kepada para pelajarnya. Semua nasihat dan tegurannya amatlah bermakna bagi saya. Antara salah satu nasihatnya yang saya ingat ialah beliau sering mengingatkan kita sebagai seorang anak hendaklah menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa, kerana ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. Beliau juga sentiasakan memberikan pandangan yang positif terhadap sesuatu perkara. Hal ini membuatkan saya menghormati dan menyanjung beliau sebagai seorang pensyarah yang hebat.



Dr Kamariah juga memiliki karya hasilnya sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun dia sangat sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai pensyarah tetapi beliau juga dapat menghasilkan karya hasil ciptaanya sendiri kerana beliau sangatlah meminati kesusateraan dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang sastera. Saya amat kagum dengan personaliti beliau. Saya yakin penglahiran bakat kreatif dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar.  Saya berharap suatu hari nanti saya mampu untuk menghasilkan karya ciptaan saya sendiri in sha allah.



Sampai di sini sahaja dahulu perkongsian saya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Kita jumpa lagi di entri-entri yang akan datang :)





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Tokoh motivasi

Kritikan tentang drama