Tokoh motivasi

    Setiap orang pasti mempunyai tokoh yang dijadikan idola dalam hidup masing-maisng. Begitu juga dengan saya. Antara tokoh yang paling aku kagumi dan sanjungi dan merupakan idola dalam hidupku sehingga kini adalah Prof Dr Muhaya. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan beliau kan? Beliau merupakan tokoh ilmuan dan bijaksana. Biar pun bukan selebriti, pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Muhamad, sudah mengumpul hampir sejuta pengikut di Facebook seklaigus memanfaatkan perhatian ramai itu untuk pembangunan wanita secara holistik. 

    Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, hingga berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi yang diberikan kepada orang ramai. 

    Seperti yang kita ketahui, rujukan Dr Muhaya lebih banyak kepada mendengar daripada membaca bahan dan begitu meggagumi bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Atas perhatian masyarakat yang begitu besar terhadap dirinya, Dr Muhaya mahu meluaskan pengaruhnya dengan memilih pendekatan global, antaranya menerusi laman sosial. Kini, beliau memperkuatkan keistimewaan sebagai penceramah kegemaran ramai menerusi Facebook Live yang semakin diterima baik di negara Malaysia. 

    Beliau menjadikan kerjayanya sebagai medan dakwah. Dr Muhaya mahu terus berjaya dalam bidang motivasi dan pakar bedah mata di negara ini. Dan antara pencapaian beliau yang kita tahu iaitu dapat membuka klinik sendiri Prof Muhaya Eye & LASIK Centre. Dalam masa yang sama, beliau mengambil kesempatan ini untuk berdakwah kepada setiap pesakitnya. Setiap pesakit yang berkunjung ke klinik beliau dapat merasai dua benda iaitu satu mata dapat kembali pulih daripada rabun dan kedua celik hati. 

    Keperibadian mulia beliau membuatkan ramai orang sangat menggemarinya. Sesungguhnya saya menjadikan beliau sebagai idola dalam hidup saya supaya setiap nasihat yang beliau berikan dapat menjadikan saya sebagai insan yang sentiasa positif dan berkeyakinan dalam kehidupan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Kritikan tentang drama