Isu Semasa

     Assalamulaikum w.b.t. Saya mendoakan supaya yang membaca entri saya ini berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Setelah sekian lama saya menyepi dari dunia blog, In sha Allah pada kali ini saya kembali dengan entri-entri yang lebih menarik yang dapat memberikan manfaat kepada setiap pembaca. 

    Pada entri kali ini saya akan menceritakan berkaitan isu semasa yang berlaku di negara kita. Tanggal 12 Julai 2020, kita dikejutkan dengan berita yang sangat mengayat hati manusia iaitu kejadian pembunuhan kucing di mesin pembasuh baju di kedai dobi. Kes ini merupakan kes kedua kali berlaku iaitu pada bulan September tahun lepas kes penderaan haiwan melibatkan seekor kucing ditemukan mati dalam mesin pengering di kedai dobi. Bezanya pada kes kali ini melibatkan tiga ekor kucing yang ditemui  mati selepas disumbat ke dalam mesin basuh layan diri. Hal ini jelaslah menunjukkan pelaku seorang yang tidak berperikemanusiaan dan berlaku sangat kejam terhadap binatang.


    Rata-rata rakyat Malaysia amat mengutuk perbuatan ini dan sangat marah terhadap perlaku tersebut. Manakan tidak, tergamak seorang manusia yang dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah Taala sanggup melakukan perbuatan itu terhadap binatang yang tidak mempunyai akal fikiran seperti manusia. Bahkan dapat kita lihat dalam video yang ditular, kucing tersebut tidak menggangu langsung manusia tersebut, hanya sekadar menumpang berehat di dalam kedai dobi tersebut. Tidak tahu lah apa yang difikirkan oleh pelaku tersebut sampai sanggup membunuh binatang tersebut. Tidak tahukah beliau kelak binatang tersebut akan menuntut bela di padang mahsyar nanti?

    Aku sebagai seorang pencinta kucing terlalu kesal dengan sikap manusia seperti ini. Aku tidak sanggup melihat manusia berlaku kejam terhadap binatang apatah lagi kucing, kerana seperti yang kita ketahui kucing ini tersangatlah manja dengan manusia, tergamak pelaku tersebut melakukan perbuatan yang kejam terhadap binatang. Aku hanya mampu berdoa semoga pihak atasan mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan ini dan semoga beliau menerima hukuman yang setimpal terhadap segala perbuatan yang dilakukannya. Semoga kita semua dapat mengambil setiap iktibar di atas setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Sekadar peringatan dari saya, berbuat baiklah dengan binatang kerana kelak binatang tersebut akan mendoakan setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia. Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga bermanfaat :)

     




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Tokoh motivasi

Kritikan tentang drama