Catatan

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Imej
    Pada pertengahan Mac 2020, negara Malaysia telah digegarkan dengan virus covid-19 yang menyerang manusia. Penyakit tersebut yang bermula dari Wuhan, China dan telah merebak ke banyak tempat di kawasan China. Pelbagai oeringkat usia telah menjadi mangsa keadaan itu. Namun sehingga sekarang penawarnya belum dijumpai. Malaysia turut tidak terkecuali ramai juga yang meninggal akibat penularan wabak itu. Peningkatan mendadak serangan covid-19 ke atas manusia menyebabkan Malaysia memerintahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 4 fasa sehingga awal mei 2020. Bermula 4hb mei 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di beberapa tempat.     Pengalaman sepanjang PKP ini sudah tentunya amat tertekan kerana keadaan yang memerlukan semua orang berada di rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Hanya ketua rumah yang boleh keluar mencari keperluan yang benar-benar diperlukan sahaja. Kerajaan mengetatkan lagi kawalan pergerakan dengan menempatkan polis dan tenter

Kritikan tentang dunia hiburan

    Islam ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehiudpan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan satu hiburan. Namun begitu, dunia hiburan seperti dunia industri tidak terlepas daripada kritikan nitizen.    Dalam hiburan industri, para pelakon, penghibur, penyanyi sentiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara kerana setiap benda yang mereka lakukan, akan ada sahaja mata yang memerhati setiap tingkah laku mereka. Kalau perkara baik tidak mengapa lagi, tetapi kalau perkara buruk atau sesuatu kontroversi yang menimpa artis-artis pasti akan menerima segala kritikan daripada netizen.     Sebagai contoh, seperti kes pelakon serta penyanyi iaitu Nur Fazura yang menerima kritikan komen yang negatif yang mengkiritik nyanyiannya menerusi lagu, The Good

Kritikan tentang drama

Imej
    Sepanjang ramadhan pada tahun ini, pasti ramai yang menonton drama Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur yang bersiaran di TV3 pada setiap hari sementara menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa. Drama ini menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat serta beberapa pelakon hebat yang lain seperti Sheila Rusly, Ozlyn Wati, Lia Natalia dan ramai lagi. Dan drama ini merupakan terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya.       Drama ini menyingkap cerita manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para penonton. Drama ini mengisahkan Johana iaitu anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak mneyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. Rayyan pula mangsa dera yang kerap kali dipijak. Tetapi semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbaga

Tokoh motivasi

Imej
    Setiap orang pasti mempunyai tokoh yang dijadikan idola dalam hidup masing-maisng. Begitu juga dengan saya. Antara tokoh yang paling aku kagumi dan sanjungi dan merupakan idola dalam hidupku sehingga kini adalah Prof Dr Muhaya. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan beliau kan? Beliau merupakan tokoh ilmuan dan bijaksana. Biar pun bukan selebriti, pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Muhamad, sudah mengumpul hampir sejuta pengikut di Facebook seklaigus memanfaatkan perhatian ramai itu untuk pembangunan wanita secara holistik.      Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, hingga berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi yang diberikan kepada orang ramai.      Seperti yang kita ketahui, rujukan Dr Muhaya lebih banyak kepada mendengar daripada membaca bahan dan begitu meggagumi bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz

Anak Muda

Imej
    Islam amat menitikberatkan tentang usia remaja. Lantaran itu, terdapat banyak kisah yang dirakamkan di dalam Al-Quran untuk menggambarkan tentang usia muda sangat berharga dalam pembinaan khaira ummah. Di antara kisah tang termasyhur ialah Ashabul Kahfi yang ditampilkan dalam surah al-Kahfi dalam ayat 13 yang bermaksud, "Kami ceritakan kepada kamu wahai Muhammad perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."     Menerusi ayat tersebut, Allah telah menggambarkan kepada kita tentang kewujudan generasi muda yang beriman kepada Allah dan berjuang untuk mempertahankan akidah mereka. Ekoran daripada kemantapan iman tersebut, Allah telah menambahkan kepada mereka petunjuk atau jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapi. Mereka berjaya menyembunyikan diri dalam gua, bagi mengelakkan ancaman daripada penguasa yang zalim pada waktu itu. Itulah secebis kisah generasi muda ya

Pengalaman di kampung :)

Imej
    Sebaik sahaja jendela rumah kayu dibuka, kelihatan seluas-luasnya pemandangan padi menguning yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk dituai. Kelihatan juga burung-burung bertebangan bebas saling berkicauan dan ayam yang berkokok mengejutkan manusia daripada lena yang panjang. Terasa damai apabila tinggal di kampung kerana jauh berbeza dengan suasana di bandar. Hal ini kerana suasana di bandar pada awal pagi jalan sudah sesak dengan kereta serta bunyi hon yang membingitkan telinga. Apabila tinggal di kampung, terasa sangat tenang dan nyaman sambil menghirup udara pagi yang segar.      Beginilah perasaan yang aku alami sewaktu aku tinggal di rumah nenek yang terletak di Kampung Sg Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Di lokasi inilah turut menawarkan pengalaman percutian ala kampung bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Difahamkan di kawasan kampung ini terdapat kira-kira 20 rumah inap desa milik penduduk kampung kepada sesiapa sahaja yang ingin bercuti di sini. Keluarga angkat

Pengalaman di kolej

Imej
     Setiap orang pasti mempunyai pengalaman masing-masing sewaktu awal-awal mula bergelar pelajar universiti kan? Begitu juga dengan saya yang merupakan salah seorang pelajar universiti di Universiti Puta Malaysia. Terasa kelakar dan lucu pula apabila teringat kembali memori-memori tersebut. Saya percaya bahawa rata-rata pelajar 'freshie' pasti pernah mengalami situasi yang pernah saya lalui antaranya ialah orientasi, pilih katil, berkenalan dengan rakan sebilik, sesat sewaktu hari mula kuliah.     Saya ingat lagi sewaktu mula-mula saya dipilih untuk menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UPM. Jujur dari hati, saya berasa sangat gembira kerana impian saya untuk menyambung pengajian di universiti tercapai. Hal ini kerana sewaktu mengambil keputusan SPM dulu, gred SPM saya tidak berapa bagus. Ibu bapa saya terlalu berharap pada saya namun akhirnya hanya itu sahaja yang mampu saya beri kepada mereka. Saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka berasa sangat kesal n