Kritikan tentang drama
Sepanjang ramadhan pada tahun ini, pasti ramai yang menonton drama Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur yang bersiaran di TV3 pada setiap hari sementara menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa. Drama ini menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat serta beberapa pelakon hebat yang lain seperti Sheila Rusly, Ozlyn Wati, Lia Natalia dan ramai lagi. Dan drama ini merupakan terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya.
Drama ini menyingkap cerita manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para penonton. Drama ini mengisahkan Johana iaitu anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak mneyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. Rayyan pula mangsa dera yang kerap kali dipijak. Tetapi semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai permasalahan dunia.
Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tunjang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Sebagai sebuah drama yang membawa tema berat, banyak komen-komen positif yang diberikan untuk arahan Sheila Rusly itu. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ramai yang mulai perasan beberapa kekurangan dalam cara pembikinan siri tersebut.
Sebuah perkongsian di twitter telah mengkritik cara penyuntingan babak dalam drama Bukan Gadis Biasa yang dianggap agak bercelaru dan tidak lancar sehingga membuat penonton garu kepala. Kritikan itu menyifatkan teknik editing drama tersebut seperti budak-budak sekolah, dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut.
Menjawab kepada kritikan berkenaan, Sheila Rusly sentiasa menerima segala kritikan yang membina dengan hati yang terbuka. Tambahan lagi, pengarah itu juga memberi penjelasan bahawa suntingan yang agak tidak menepati cita rasa orang ramai itu adalah sebab musim kuarantin dan PKP yang menghalang pasukan editing untuk membuat penyuntingan secara terperinci. Sebaliknya, mereka terpaksa membuat suntingan secara online kerana tidak dapat keluar rumah. Sheila Rusly menerima segala kritikan dan memperbaiki kesalahan itu agar tidak berlaku lagi pada drama yang akan datang.

Ulasan
Catat Ulasan