Pengalaman membaca buku kreatif

    Para sasterawan negara kita banyak menghasilkan karya kreatif seperti pantun, sajak, cerpen dan novel yang terkandung penggunaan bahasa ibunda serta dapat memberi kesan dan manfaat kepada setiap membaca. Ramai anak yang muda yang kurang mengambil berat terhadap karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh para sasterawan, malah lebih gemar membaca komik dan novel cinta. Hal ini merupakan sesuatu aktiviti yang tidak sihat dan menyebabkan pemikiran anak muda tidak berkembang luas. Aku bersyukur kerana pada sem ini aku mendaftar subjek Penglahiran Bakat Kreatif yang diajar oleh Dr Kamariah. Dr Kamariah sering menyebut tokoh-tokoh sasterawan negara dalam setiap kelasnya, malah Dr Kamariah sentiasa meningatkan para pelajarnya agar mengingati setiap nama tokoh sasterawan negara dan mengetahui karya kreatif yang mereka hasilkan. Ada hikmah sebenarnya bila aku mendaftar subjek ini, kalau tidak pasti aku pun tergolong dalam kalangan anak muda yang tidak mengetahui langsung tokoh-tokoh sasterawan negara yang banyak menyumbang dan berbakti kepada negara.
    
    Aku ingat lagi buku kreatif yang aku baca iaitu Sungai Mengalir Lesu karya sasterawan negara, A. Samad Said. Buku tersebut merupakan novel kedua A. Samad Said yang lebih mesra digelar Pak Samad setelah penerbitan karya novel Salina 1961. Barangkali pengisahan novel ini lebih menyorot latar sebuah jambatan hijau dan sungai keruh yang mengalir lesu di bawahnya beriringan dengan tajuk, sesuai keadaan cuaca, arus pasang surut serta situasi manusianya. Novel ini setebal 153 halaman, padat penulisannya dan penggunaan kosa yang mudah tetapi indah.Watak-watak berbilang ras dan agama, berbeza usia dan jantina serta tempat asalnya dipertemukan pengarang dalam novel ini menerusi jalinan persamaan nasib semata iaitu korban peperangan.

  Sungai Mengalir Lesu mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa pendudukan Jepun. Kisahnya penuh tragedi, penyeksaan , kebuluran, kemeleratan dan maut. Di satu pihak, Jepun mengancam mereka dengan pedang dan senapang, sementara di pihak lain Inggeris mengancam mereka dengan serangan bom dari kapal terbang. Bagaimanapun untuk terus hidup, penduduk kampung perlu berusaha. Desakan untuk hidup membuat anak-anak mencari rezeki di dalam sungai yang kotor, orang muda menjadi penyamun dan gadis-gadis menjadi pelacur.

    Sungai Mengalir Lesu adalah antara segelintir karya sastera yang sempat merakamkan satu fasa dekad yang terpenting dalam kehidupan bangsa kita. Pengalaman getir kehidupan sekumpulan manusia di sepanjang sebatang sungai turut menjadi lambang kesengsaraan umum rakyat Malaysia pada zaman Perang Dunia Kedua. Kisah lara sekumpulan insan ini menunjukkan betapa durjananya kesan dan bencana perang terhadap manusia, dan betapa wajarnya kita menghindarinya daripada berulang semula. Di samping sebuah karya sastera, Sungai Mengalir Lesu juga sebenarnya adalah satu himpunan dokumsentasi sejarah sosial yang amat berharga.

    Sesungguhnya novel ini amat memberi memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Penggunaan kata-kata yang inda membuatkan pembaca menghayati setiap situasi yang dikarang oleh pengkarya. Apabila kita banyak membaca buku kreatif, tidak mustahil kita juga boleh menghasilkan karya kreatif sendiri berdasarkan pengalaman yang banyak membaca.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Tokoh motivasi

Kritikan tentang drama