Kritikan tentang dunia hiburan

    Islam ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehiudpan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan satu hiburan. Namun begitu, dunia hiburan seperti dunia industri tidak terlepas daripada kritikan nitizen.

   Dalam hiburan industri, para pelakon, penghibur, penyanyi sentiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara kerana setiap benda yang mereka lakukan, akan ada sahaja mata yang memerhati setiap tingkah laku mereka. Kalau perkara baik tidak mengapa lagi, tetapi kalau perkara buruk atau sesuatu kontroversi yang menimpa artis-artis pasti akan menerima segala kritikan daripada netizen.

    Sebagai contoh, seperti kes pelakon serta penyanyi iaitu Nur Fazura yang menerima kritikan komen yang negatif yang mengkiritik nyanyiannya menerusi lagu, The Good is Back, hasil paduan suara beliau bersama artis terkenal antarabangsa, Anggun. Ramai yang mengkritik bahawa beliau tidak pandai menyanyi, suara sumbang, serta suara tidak sepadu rakan duetnya. Hal ini tidak mematahkan beliau untuk terus bernyanyi, malah mengambil komen negatif itu untuk melakarkan kejayaannya dalam bidang nyanyian. 

    Jadi, dalam industri hiburan memang tidak akan terlepas daripada menerima kritikan netizen, malah kritikan ini sudah menjadi asam garam dalam bidang industri. Jadi, saya hendak simpulkan di sini bahawa jika kita hendak mengkritik perbuatan seseorang, kita perlulah menilai diri kia terlebih dahulu, adakah kita terlalu sempurna tanpa melakukan sebarang kesalahan boleh mengkritik kesalahan orang lain? Fikir dahulu sebelum berkata kepada orang lain.  Jaga adab sesama manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Tokoh motivasi

Kritikan tentang drama