Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

    Pada pertengahan Mac 2020, negara Malaysia telah digegarkan dengan virus covid-19 yang menyerang manusia. Penyakit tersebut yang bermula dari Wuhan, China dan telah merebak ke banyak tempat di kawasan China. Pelbagai oeringkat usia telah menjadi mangsa keadaan itu. Namun sehingga sekarang penawarnya belum dijumpai. Malaysia turut tidak terkecuali ramai juga yang meninggal akibat penularan wabak itu. Peningkatan mendadak serangan covid-19 ke atas manusia menyebabkan Malaysia memerintahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 4 fasa sehingga awal mei 2020. Bermula 4hb mei 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di beberapa tempat.
    Pengalaman sepanjang PKP ini sudah tentunya amat tertekan kerana keadaan yang memerlukan semua orang berada di rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Hanya ketua rumah yang boleh keluar mencari keperluan yang benar-benar diperlukan sahaja. Kerajaan mengetatkan lagi kawalan pergerakan dengan menempatkan polis dan tentera di beberapa kawasan seperti lebuhraya. Hal ini adalah demi menjaga keselamatan semua pihak.
    Dalam akhbar atas talian Malaysiakini yang diakses 6hb Mei 2020 menyatakan rata-rata penduduk masih takut untuk keluar dan hanya keluar untuk membeli barang keperluan asas seperti beras, sayur dan keperluan lain di kedai yang berdekatan dengan rumah. Begitu juga dengan pengalaman saya sendiri membeli barang dapur di kedai di mana pelanggan perlu beratur di luar dan menjarakkan diri antara satu sama lain kira-kira 1 meter. Dapat dilihat keadaan jalan raya semakin lenggang, tidak sesak seperti selalu kerana masing-masing hanya berada di rumah, tidak boleh keluar ke mana-mana.
    Pengalaman lain juga turut dirasai oleh saya sendiri di mana perlu memakai mask dan membawa bersama hand sanitizer setiap kali mahu keluar rumah mencari barang keperluan. Fasa pertama dan kedua memberi gambaran bahawa semua orang perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar sesuka hati. Media massa dan media elektronik juga juga tidak lekang menyiarkan maklumat terkini covid-19. Perdana  menteri juga memberi ucapan dari semasa ke semasa tentang PKP dan PKPB. 
    Sebaik sahaja saya pulang dari pergi ke pasar atau mana-mana tempat, saya akan membersihkan diri dan mencuci pakaian supaya penyakit covid-19 tidak menjangkiti saya mahupun keluarga saya di rumah. Langkah-langkah keselamatan ini perlu diamalkan bukan sahaja semasa covid-19 malah perlu dijadikan amalan seharian setiap orang. Hal ini kerana semasa kita berada di pasar tahap kebersihan amatlah rendah. Apabila membawa pulang barang basah perlulah kita basuh dengan bersih supaya segala kekotoran dan kuman mati.
    Banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang pkp ini, yang manisnya sudah tentu dapat duduk bersama dan meluangkan lebih masa bersama keluarga tersayang di kampung. Pahitnya ialah saya sendiri tidak tahu keadaan harta benda di universiti kerana hampir tiga bulan tidak pulang ke sana serta pengalaman belajar secara online agak sukar pada mulanya untuk akses, namun lama kelamaan saya sudah terbiasa untuk mengendalikan kelas secara online. Setiap benda yang berlaku ke atas negara kita, pasti ada hikmahnya daripada Allah swt. Kita perlulah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa yakin dengan perancangan perdana menteri serta para petugas yang sentuasa bertungkus lumus membendung wabak penyakit ini agar terus lenyap di seluruh dunia.



    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman membaca buku kreatif

Kritikan tentang drama

Pengalaman kembara