Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Imej
    Pada pertengahan Mac 2020, negara Malaysia telah digegarkan dengan virus covid-19 yang menyerang manusia. Penyakit tersebut yang bermula dari Wuhan, China dan telah merebak ke banyak tempat di kawasan China. Pelbagai oeringkat usia telah menjadi mangsa keadaan itu. Namun sehingga sekarang penawarnya belum dijumpai. Malaysia turut tidak terkecuali ramai juga yang meninggal akibat penularan wabak itu. Peningkatan mendadak serangan covid-19 ke atas manusia menyebabkan Malaysia memerintahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 4 fasa sehingga awal mei 2020. Bermula 4hb mei 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di beberapa tempat.     Pengalaman sepanjang PKP ini sudah tentunya amat tertekan kerana keadaan yang memerlukan semua orang berada di rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Hanya ketua rumah yang boleh keluar mencari keperluan yang benar-benar diperlukan sahaja. Kerajaan mengetatkan lagi kawalan pergerakan dengan menempatk...

Kritikan tentang dunia hiburan

    Islam ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehiudpan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan satu hiburan. Namun begitu, dunia hiburan seperti dunia industri tidak terlepas daripada kritikan nitizen.    Dalam hiburan industri, para pelakon, penghibur, penyanyi sentiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara kerana setiap benda yang mereka lakukan, akan ada sahaja mata yang memerhati setiap tingkah laku mereka. Kalau perkara baik tidak mengapa lagi, tetapi kalau perkara buruk atau sesuatu kontroversi yang menimpa artis-artis pasti akan menerima segala kritikan daripada netizen.     Sebagai contoh, seperti kes pelakon serta penyanyi iaitu Nur Fazura yang menerima kritikan komen yang negatif yang mengkiritik nyanyia...

Kritikan tentang drama

Imej
    Sepanjang ramadhan pada tahun ini, pasti ramai yang menonton drama Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur yang bersiaran di TV3 pada setiap hari sementara menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa. Drama ini menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat serta beberapa pelakon hebat yang lain seperti Sheila Rusly, Ozlyn Wati, Lia Natalia dan ramai lagi. Dan drama ini merupakan terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya.       Drama ini menyingkap cerita manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para penonton. Drama ini mengisahkan Johana iaitu anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak mneyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. Rayyan pula mangsa dera yang kerap kali dipijak. Tetapi semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Watak-wata...

Tokoh motivasi

Imej
    Setiap orang pasti mempunyai tokoh yang dijadikan idola dalam hidup masing-maisng. Begitu juga dengan saya. Antara tokoh yang paling aku kagumi dan sanjungi dan merupakan idola dalam hidupku sehingga kini adalah Prof Dr Muhaya. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan beliau kan? Beliau merupakan tokoh ilmuan dan bijaksana. Biar pun bukan selebriti, pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Muhamad, sudah mengumpul hampir sejuta pengikut di Facebook seklaigus memanfaatkan perhatian ramai itu untuk pembangunan wanita secara holistik.      Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, hingga berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi yang diberikan kepada orang ramai.      Seperti yang kita ketahui, rujukan Dr Muhaya lebih banyak kepada mendengar daripada membaca bahan dan begitu meggagumi bekas Menteri Besar Kela...

Anak Muda

Imej
    Islam amat menitikberatkan tentang usia remaja. Lantaran itu, terdapat banyak kisah yang dirakamkan di dalam Al-Quran untuk menggambarkan tentang usia muda sangat berharga dalam pembinaan khaira ummah. Di antara kisah tang termasyhur ialah Ashabul Kahfi yang ditampilkan dalam surah al-Kahfi dalam ayat 13 yang bermaksud, "Kami ceritakan kepada kamu wahai Muhammad perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."     Menerusi ayat tersebut, Allah telah menggambarkan kepada kita tentang kewujudan generasi muda yang beriman kepada Allah dan berjuang untuk mempertahankan akidah mereka. Ekoran daripada kemantapan iman tersebut, Allah telah menambahkan kepada mereka petunjuk atau jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapi. Mereka berjaya menyembunyikan diri dalam gua, bagi mengelakkan ancaman daripada penguasa yang zalim pada waktu itu. Itulah secebis kisah generas...

Pengalaman di kampung :)

Imej
    Sebaik sahaja jendela rumah kayu dibuka, kelihatan seluas-luasnya pemandangan padi menguning yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk dituai. Kelihatan juga burung-burung bertebangan bebas saling berkicauan dan ayam yang berkokok mengejutkan manusia daripada lena yang panjang. Terasa damai apabila tinggal di kampung kerana jauh berbeza dengan suasana di bandar. Hal ini kerana suasana di bandar pada awal pagi jalan sudah sesak dengan kereta serta bunyi hon yang membingitkan telinga. Apabila tinggal di kampung, terasa sangat tenang dan nyaman sambil menghirup udara pagi yang segar.      Beginilah perasaan yang aku alami sewaktu aku tinggal di rumah nenek yang terletak di Kampung Sg Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Di lokasi inilah turut menawarkan pengalaman percutian ala kampung bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Difahamkan di kawasan kampung ini terdapat kira-kira 20 rumah inap desa milik penduduk kampung kepada sesiapa sahaja yang ingin bercuti d...

Pengalaman di kolej

Imej
     Setiap orang pasti mempunyai pengalaman masing-masing sewaktu awal-awal mula bergelar pelajar universiti kan? Begitu juga dengan saya yang merupakan salah seorang pelajar universiti di Universiti Puta Malaysia. Terasa kelakar dan lucu pula apabila teringat kembali memori-memori tersebut. Saya percaya bahawa rata-rata pelajar 'freshie' pasti pernah mengalami situasi yang pernah saya lalui antaranya ialah orientasi, pilih katil, berkenalan dengan rakan sebilik, sesat sewaktu hari mula kuliah.     Saya ingat lagi sewaktu mula-mula saya dipilih untuk menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UPM. Jujur dari hati, saya berasa sangat gembira kerana impian saya untuk menyambung pengajian di universiti tercapai. Hal ini kerana sewaktu mengambil keputusan SPM dulu, gred SPM saya tidak berapa bagus. Ibu bapa saya terlalu berharap pada saya namun akhirnya hanya itu sahaja yang mampu saya beri kepada mereka. Saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka beras...

Agama

Imej
Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. In sha allah pada entri kali ini saya akan berkongsi mengenai agama. Apakah yang dimaksudkan dengan agama? Agama sebuah institusi sosial yang menyumbang kepada pembentukan struktur masyarakat. Agama merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan yang wujud di antara manusia dan raja-raja.      Walaupun manusia dilengkapi dengan banyak ciri yang membolehkan mereka menjalani kehidupan dunia dengan baik, dalam masa sama Allah Maha mengetahui seandai manusia tidak dipandu dengan agama, pasti akan menjadikan kehidupan manusia dalam keadaan bercelaru.      Dengan berpandukan kepada ajaran agamalah membolehkan manusia menyedari yang mana benar dan yang mana batil. Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisiplin. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa bergantung kepada peraturan.     Dalam surah al-Maidah ayat ti...

Seni dan Budaya

Imej
     Seni dan budaya merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup. Tidak terkecuali di negara Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah pasti mempunyai kepelbagaian aspek seni dan kebudayaan juga. Sifat kepelbagaian budaya dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi sebahagian cara hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan diteruskan sehingga sekarang.      Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, kecil, elok, tipis, enak didengar iaitu mengenai ...

Pakaian Tradisional

Imej
   Pakaian Malaysia adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh tiga budaya utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap budaya mempunyai tatacara pemakaian tradisional yang dipengaruhi agama dan boleh disesuaikan dengan pengaruh dan keadaan tempatan. Seperti yang kita ketahui orang Melayu terkenal dengan pakaian tradisional baju kurung dan baju Melayu manakala orang Cina terkenal dengan Cheongsamnya dan India dikenali dengan pakaian sarinya.      Kaum Melayu terkenal dengan pemakaian baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi wanita. Sesiapa sahaja yang terlihat memakai baju kurung pasti akan kelihatan manis dan sopan kerana dari segi pemakaiannya yang labuh dan menutup seluruh badan. Di sini saya akan menceritakan serba sedikit asal usul baju kurung. Baju kurung dikatakan berasal dari negeri Johor. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar ia...

Makanan Tradisional

Imej
    Assalamualaikum w.b.t. In sha allah pada entri kali ini saya akan berkongsi makanan tradisional kegemaran saya sehingga kini. Seperti yang kita ketahui, setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional yang tersendiri. Sebagai contoh, Kelantan dan Terengganu terkenal dengan Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan Keropok Lekor, Johor dengan Mi Bandung, Melaka dengan Asam Laksa, Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kedah dengan Gulai Nangka dan Penang dengan Laksa dan Pasembur.      Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawwang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal iaitu satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan. Ole...

Pengalaman membaca buku kreatif

Imej
    Para sasterawan negara kita banyak menghasilkan karya kreatif seperti pantun, sajak, cerpen dan novel yang terkandung penggunaan bahasa ibunda serta dapat memberi kesan dan manfaat kepada setiap membaca. Ramai anak yang muda yang kurang mengambil berat terhadap karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh para sasterawan, malah lebih gemar membaca komik dan novel cinta. Hal ini merupakan sesuatu aktiviti yang tidak sihat dan menyebabkan pemikiran anak muda tidak berkembang luas. Aku bersyukur kerana pada sem ini aku mendaftar subjek Penglahiran Bakat Kreatif yang diajar oleh Dr Kamariah. Dr Kamariah sering menyebut tokoh-tokoh sasterawan negara dalam setiap kelasnya, malah Dr Kamariah sentiasa meningatkan para pelajarnya agar mengingati setiap nama tokoh sasterawan negara dan mengetahui karya kreatif yang mereka hasilkan. Ada hikmah sebenarnya bila aku mendaftar subjek ini, kalau tidak pasti aku pun tergolong dalam kalangan anak muda yang tidak mengetahui langsung tokoh-tokoh ...

Pengalaman kembara

Imej
Pepatah ada mengatakan, "sekeping gambar boleh menceritkan seribu perkataan". Pernahkah kita mengira berapa keping gambarkah yang tidak sempat kita rakamkan? Muat turun gambar-gambar tersebut dalam facebook atau sosial media yang lain dan lihat ulasan-ulasan yang diberikan. Ianya lebih mengujakan sekiranya perjalanan tersebut merupakan destinasi yang baru dan tempat asing buat kita. Sama ada ulasan yang diberikan tertumpu pada gambar keadaan diri kita, orang-orang yang disamping kita atau pun suasana persekitaran. Setiap ulasan akan memberi sudut pandangan yang berbeza. Kesemua ini melambangkan pengajaran dari pengalaman yang kita lalui. Jadi, amat penting buat sesiapa yang ingin mengembara ke suatu tempat atau negara lain, perlulah dikaji terlebih dahulu cuaca atau musim sesebuah negara, kos segala penginapan, makanan, budaya dan tempat-tempat yang menarik. Hal ini kerana dengan persiapan yang lengkap dan perancangan yang teratur dapat menjadikan perjalanan kita menjadi lanc...

Isu Semasa

Imej
      Assalamulaikum w.b.t. Saya mendoakan supaya yang membaca entri saya ini berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Setelah sekian lama saya menyepi dari dunia blog, In sha Allah pada kali ini saya kembali dengan entri-entri yang lebih menarik yang dapat memberikan manfaat kepada setiap pembaca.       Pada entri kali ini saya akan menceritakan berkaitan isu semasa yang berlaku di negara kita. Tanggal 12 Julai 2020, kita dikejutkan dengan berita yang sangat mengayat hati manusia iaitu kejadian pembunuhan kucing di mesin pembasuh baju di kedai dobi. Kes ini merupakan kes kedua kali berlaku iaitu pada bulan September tahun lepas kes penderaan haiwan melibatkan seekor kucing ditemukan mati dalam mesin pengering di kedai dobi. Bezanya pada kes kali ini melibatkan tiga ekor kucing yang ditemui  mati selepas disumbat ke dalam mesin basuh layan diri. Hal ini jelaslah menunjukkan pelaku seorang yang tidak berperikemanusiaan dan berlaku sangat k...