Pengalaman kembara
Pepatah ada mengatakan, "sekeping gambar boleh menceritkan seribu perkataan". Pernahkah kita mengira berapa keping gambarkah yang tidak sempat kita rakamkan? Muat turun gambar-gambar tersebut dalam facebook atau sosial media yang lain dan lihat ulasan-ulasan yang diberikan. Ianya lebih mengujakan sekiranya perjalanan tersebut merupakan destinasi yang baru dan tempat asing buat kita. Sama ada ulasan yang diberikan tertumpu pada gambar keadaan diri kita, orang-orang yang disamping kita atau pun suasana persekitaran. Setiap ulasan akan memberi sudut pandangan yang berbeza. Kesemua ini melambangkan pengajaran dari pengalaman yang kita lalui. Jadi, amat penting buat sesiapa yang ingin mengembara ke suatu tempat atau negara lain, perlulah dikaji terlebih dahulu cuaca atau musim sesebuah negara, kos segala penginapan, makanan, budaya dan tempat-tempat yang menarik. Hal ini kerana dengan persiapan yang lengkap dan perancangan yang teratur dapat menjadikan perjalanan kita menjadi lancar bak kata pepatah, "kejayaan bukanlah tibanya di tempat tujuan tetapi ialah pengajaran yang diambil sepanjang perjalanan yang dituju" adalah perkataan yang paling tepat dalam menggambarkan kebijaksanaan perjalanan kita.🚈
Di entri kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang kembara saya bersama rakan-rakan ke bukit broga yang terletak di Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Aku dan rakan-rakan aku sudah merancang lama untuk pergi ke Bukit Broga kerana terlihat komen dan ulasan yang mengatakan tempat itu mempunyai pemandangan yang cantik dan sesuai untuk aktiviti pendakian. Jadi, aku dan rakan-rakan aku yang gemar melakukan aktiviti lasak nekad untuk mendaki di Bukit Broga apabila memikirkan kawasannya yang terletak tidak jauh dari Universiti Putra Malaysia. Selain itu, antara keistimewaan Bukit Broga ini adalah ianya bukan sahaja sebagai tempat rekreasi malahan tempat ini menjadi lokasi kegemaran bagi penggemar fotografi untuk marakam gambar matahari terbit dan terbenam.
Bagi mereka yang pertama kali mendaki Bukit Broga mungkin merasakan laluan ke puncak tersebut agak sukar namun bagi yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian, ia merupakan bukit yang paling mudah untuk ditawan. Bentuk bukitnya yang agak landai membolehkan puncak bukit itu senang didaki termasuk mereka yang baru menjinakkan diri dalam aktiviti pendakian. Lagipun terdapat tali keselamatan pada laluan yang sukar jadi sesiapa sahaja boleh mendaki Bukit Broga. Aku dan rakan-rakan aku pergi Bukit Broga ini pada hujung minggu, jadi kawasan itu agak sesak dipenuhi dengan ramai orang. Kami perlu mengambil masa sedikit untuk naik ke puncak kerana akan bertembung dengan pendaki yang hendak turun dari bukit. Subhanallah pemandangan di atas puncak sangat mengujakan terutama sewaktu matahari terbit menyebabkan ada pendaki yang sanggup memulakan pendakian seawal 4 pagi.
Antara aktivti yang sering kami lakukan sewaktu mendaki di Bukit Broga adalah menikmati mi segera yang dimasak di atas puncak itu menggunakan backpaking stove. Terasa kenikmatan mi segera itu sambil melayani pemandangan yang cantik di hadapan mata. Selepas turun dari Bukit Broga, kami akan mandi-manda di air terjun Sungai Gaban yang terletak kira-kira 40 meter dari sini. Dapat dilihat keadaan Bukit Broga kali ini lebih terjaga dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tandas dan tempat letak kereta yang selamat. Selain itu, laluan pendakian juga lebih mudah untuk dilihat.
Jadi bagi mereka yang belum pernah pergi ke tempat ini, pergilah. Anda pasti akan berasa puas hati dan berat hati untuk meninggalkan tempat ini apabila melihat keindahan dan kebesaran Allah Taala. Satu sahaja pesanan dari saya buat pendaki baharu, bawalah air atau setengah liter dan jangan lupa bawa air manis untuk beri tenaga. Sebelum mendaki, makan makanan sumber karbohidrat seperti nasi sebagai alas perut.


Ulasan
Catat Ulasan