Agama

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. In sha allah pada entri kali ini saya akan berkongsi mengenai agama. Apakah yang dimaksudkan dengan agama? Agama sebuah institusi sosial yang menyumbang kepada pembentukan struktur masyarakat. Agama merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan yang wujud di antara manusia dan raja-raja. 

    Walaupun manusia dilengkapi dengan banyak ciri yang membolehkan mereka menjalani kehidupan dunia dengan baik, dalam masa sama Allah Maha mengetahui seandai manusia tidak dipandu dengan agama, pasti akan menjadikan kehidupan manusia dalam keadaan bercelaru. 

    Dengan berpandukan kepada ajaran agamalah membolehkan manusia menyedari yang mana benar dan yang mana batil. Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisiplin. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa bergantung kepada peraturan.

    Dalam surah al-Maidah ayat tiga Allah berfirman yang bermaksud, "Pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah ku redai Islam itu menjadi agama bagimu." Dalam diri setiap manusia ada nafsu yang sentiasa mengajak kepada keburukan. Jadi sebagai platform paling ampuh dalam mengekang gelora hawa nafsu, maka agama memainkan peranannya. Apabila agama diberikan kedudukan teratas dalam setiap acara kehidupan, maka sukarlah nafsu untuk bermaharajalela dan menjerumuskan manusia ke kancah yang bertentangan dengan kehendak agama. 

    Misalnya, sebagai seorang pemimpin sekiranya sentiasa hidup bersendikan agama mustahil untuk seseorang pemimpin melakukan salah laku atau penyelewengan kuasa. Hal tersebut kerana beliau menyedari bahawa perbuatan tersebut amat dilarang dalam agama si pelakunya bakal mendapat azab Allah di hari akhirat kelak. Jadi, di sini agama sebagai benteng atau perisai kehidupan seseorang pemimpin. 

    Sebagai hamba Allahyang tentunya mengharapkan balasan syurga di akhirat kelak, maka peganglah ajaran agama sekukuhnya dan bawalah agama dalam setiap agenda kehidupan harian. Hanya dengan berpandukan pegangan agama sahajalah yang boleh memberikan kesejahteraan, keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sepanjang PKP Covid-19

Tokoh motivasi

Kritikan tentang drama