About me
Assalamulaikum and hi,
Selamat datang ke blog ke saya yang serba sederhana ini.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini. Tanpa kita sedari, kita sudahpun menjangkau ke tahun 2020 iaitu tahun yang paling dinantikan oleh orang ramai kerana dikatakan 2020 merupakan tahun berwawasan dan maju. Alhamdulillah kini saya sudah berada di semester yang ke-4, terasa cepat sangat masa berlalu. Teringat sewaktu pertama kali mendaftarkan diri sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia. Sewaktu itu, perasaaan berat hati, sedih dan pilu tersemat di hati kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Penang. Tapi, demi impian ibu ayah dan sokongan kuat daripada keluarga menjadikan saya mampu bertahan sehingga ke hari ini. In sha allah saya akan memperingatkan diri agar tidak lupa tujuan saya belajar di sini bukan sekadar untuk meraih kejayaan, tetapi juga untuk mencari pengalaman dan menjadikan diri ini menjadi manusia yang lebih baik.
Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut, izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Masturina Binti Haron. Saya merupakan pelajar tahun kedua semester 4 dan mengambil kos Sastera Bahasa Arab di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Ya, sudah semestinya kos sastera arab menjadi pilihan utama walaupun UPM bukanlah pilihan pertama saya tetapi saya yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya sangat meminati bahasa arab dan alhamdulillah dapat menguasainya walaupun mempunyai sedikit kelemahan iaitu kurang keyakinan untuk bercakap dalam bahasa arab. In sya allah saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya untuk terus menjadi lebih baik. Bahasa Arab merupakan subjek yang paling saya minati sewaktu sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang dapat melanjutkan pengajian dalam kos sastera bahasa arab. Sudah semestinya pengajian arab di peringkat ijazah sarjana muda lebih dua kali ganda mencabar berbanding sewaktu sekolah menengah dahulu.
Majoriti orang berpendapat bahawa orang yang mempunyai kelebihan dalam bahasa arab, mudah untuk menguasai bahasa lain juga seperti bahasa Inggeris, Cina dan sebagainya.Saya percaya teori ini kerana ianya dapat dilihat kepada pensyarah-pensyarah bahasa Arab sendiri. Saya amat mengagumi mereka kerana mereka bukan sahaja fasih dalam bidang bahasa Arab tetapi mereka juga dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sangat baik. Selain itu, para pensyarah arab juga boleh bertutur pelbagai dialek dalam bahasa Arab seperti dialek Jordon, Iraq, Yaman dan sebagainya.
Bahasa Arab bukanlah subjek yang boleh dipandang mudah kerana ianya merupakan subjek yang sangat sukar. Tidak semua orang dapat menguasai bahasa arab dengan sepenuhnya kerana dari segi ketinggian bahasanya. Tetapi, jika kita ada usaha, doa dan semangat juang yang tinggi, In sha Allah, Allah akan memberikan kita kejayaan. Demi impian dan cita-cita, sanggup aku tempuhi segala onak dan duri bagi meraih segulung ijazah di Universiti Putra Malaysia. Jika kita sudah tetapkan mind set kita bahawa bahasa arab mudah, jadi in sha allah semuanya akan berasa sangat mudah untuk difahami dan dipelajari. Sekian sahaja coretan dan perkongsian daripada saya. Semoga dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Assalamualaikum :)

Ulasan
Catat Ulasan